Psycho level bawahan

'Benda boleh gaduh, buat apa bincang" - 2019


        
        Aku ada satu cerita ni, pasal seorang perempuan. Tapi to be honest aku rasa dia ni ada mental problem lah either depression or psychopath problem or something else yang memang ya allah entah apa apa je lah perangai dia. Kita namakan watak perempuan ni sebagai 'sya'.

        Ada lagi watak lain hehehe. Satu orang lelaki, sebagai 'jo' dan satu orang lagi perempuan, sebagai 'ain'.

        Nak dijadikan cerita, jo dengan sya ni sebenarnya pasangan 'couple' yang bercinta sejak awal masuk belajar (kiranya cinta pandang pertama lah kot, tak dan berapa minggu kenal dah nak bercinta yihhh tak faham)



        Apa kaitan ain dalam hal ni? Mesti lah ada kaitan, kalau tak buat apa watak tu wujud kahkahkahkah. Ain dengan jo ni, diorang satu persatuan. So mereka selalu contact each other nak bincang pasal hal persatuan. Chat punya chat punya chat, sampai lah diorang ni tetiba rapat tapi takde lah rapat mana, cuma sebagai rakan sembang je and tak lebih daripada tu. 


        Sampai satu tahap tu, jo cerita masalah hubungan dia dengan sya dekat si ain ni. Sya kata dekat jo yang sebenarnya dia dah bertunang atas pilihan dan kehendak keluarga dia. Cuba kau bayangkan, punyalah jo sayang si sya ni tiba tiba dia cakap dia dah tunang lama dah. OMG! And at the same time jugak, si sya ni dia minat classmate dia. Okay aku letak nama 'hakim'. Tapi hakim tu macam tak layan dia sampaikan sya ni menangis and suruh jo cakap dengan hakim, suruh layan sya, like wtf kau suruh boyfriend kau buat macam tu(?)  


        

        Kau rasa jo nak stay ke dengan tunang orang? Nak stay even tau sya minat orang lain? Then jo cerita semua dekat ain, yelah sebab ain ni dah jadi macam member yang suka dengar masalah member.


        One day tu, macam biasa ain chat dengan jo. Tapi ain rasa pelik sangat ayat jo, macam bukan jo yang taip. You know what i mean right? Sya baca conversation jo dengan ain so sya marah dekat both of them. Tak lama lepas tu sya ni chat ain pakai her personal number instead of jo punya number. Sya marah ain. Dia kata ain nak rampas jo daripada dia, dia kata ain perempuan gedik. Like hello sis apa benda ni yihhh

        
        Dah kena sound macam tu kau rasa tak gerun ke ain woi. Padahal diorang kawan je kot and jo pun kata dia dah taknak teruskan hubungan dengan sya sebab ye lah jo dah sakit hati kena game kot. Tapi taaakkk, sya ugut nak bunuh diri, sya tuduh jo suka ain walhal diorang cuma kawan je. Sya toreh tangan, sya telan ubat segenggam sampai pengsan fuhhh takut nak mampos

Seramkan kalau kau jadi punca orang bunuh diri!!!!!

        Jadi aku rasa kesian dekat jo. Ain dengan jo pun dah stop chat each other sebab taknak keruhkan lagi keadaan yang dah keruh ni. Ye lah, sya siap nak ajak ain face to face. Mahu dia kasi pelempang naruto siaa. Takut aku.


        Kalau korang ditempat jo, apa yang korang buat? Apa korang rasa step betul yang patut ain ambik? Apa orang sekeliling sya ni kena buat? Takkan tengok je kan? Kalau setakat tengok je hello tu bukan kawan namanya!!


Taktau lah nak letak kesimpulan apa tapi please peka dengan keadaan sekeliling, dengan keadaan kawan kawan kita. Kalau rasa diorang ada problem, tanya, dengar. Tak sihat? Bawak teman pergi jumpa doktor. Sekian ehe!

*having tea*

Btw, ini cukup psycho tak? And boleh lah sama sama bincang apa patut kena buat bila kena hadap situasi macam ni. Like hello semua benda boleh jadi tanpa diduga okayy!! Okay sekian lagi sekali fuhhh.

Comments