DIA

DIA




Saat dia dimaki , dihina
Dia keseorangan
Sunyi !
Sahabat yang dianggap sahabat , jauh
Lebih jauh daripada apa yang disangka .

Perit , bilamana hanya kau seorang yang beriya menepuk sebelah tangan
Sakit !
Bilamana kau hanya keseorangan berjalan dilautan duri
Tanpa ada huluran tangan yang menarik kau berdiri
Dia lemah
Manusia lemah .

Dan bilamana dia yakin
Bahawa allah sentiasa bersamanya
Dia tetap terus kuat berdiri
Dan laju langkah kakinya
Persetankan orang orang yang cuba menjatuhkan kau , persetankan mereka !

Bilamana hati engkau tidak senang melihat dia
Saat itu engkau perlu tahu
Siapa yang lagi hina
Hidup , jangan terlalu mendabik dada .

Dan engkau perlu ingat satu perkara
Hidup kita umpama roda
Dan engkau , heh
Patut berdoa agar hati kau kuat menerima tohmahan manusia
Takut takut hati engkau lembik dan lebih lembik daripada manusia yang kau pernah hina .

Sedarlah !






إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّٰتٍ وَعُيُونٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir).

(Al-Hijr - 45)


Comments

Post a Comment